About Me

My photo
Group yang Menjadikan Aktiviti Menangkap Ikan Sebagai Satu Hobi. Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung yg sudi menjengah ke blog yg tidak seberapa ini. Blog ini dibuat bg mencari kenalan diseluruh tanahair terutama yg berminat dlm aktiviti riadah seperti memancing, menjaring dan sebagainya. Kaki Rembat Crewz ini berjaya ditubuhkan dengan secara tidak sengaja oleh beberapa ahli yg mempunyai minat yg sama. Mereka menjadikan kumpulan ini sebagai sebuah kumpulan yg menjalankan aktiviti beriadah disamping menikmati keindahan alam. Oleh itu kami berharap akan dapat mengenali dan mempelajari serta menambahkan pengetahuan di dalam bidang ini pengalaman di masa akan datang. Diharap kami akan mendapat sokongan drpd rakan-rakan yg lain. TQ

Sunday, November 21, 2010

Penundaan Tempat Aktiviti Penutup 2010

Salam 1Malaysia. Di sini ingin dimaklumkan bahawa Aktiviti Penutup 2010 terpaksa ditunda lokasi. Ini di sebabkan oleh Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) tidak mengeluarkan sebarang permit untuk aktiviti bermalam di Taman Negara Endau Rompin disebabkan oleh musim tengkujuh. Oleh itu, aktiviti tersebut telah ditukar ke Royal Belum, Perak. Berikut adalah butiran aktiviti:

Tempat: Sg. Kejar, Royal Belum, Perak.
Tarikh: 18hb - 20hb Disember 2010.
Tempoh: 3 hari 2 malam.
Bayaran: < RM300 (termasuk duit minyak, makan, permit, tapak khemah, umpan, bot, guider, upah org asli utk mengangkat barang, baju) minimum 7 org.
Peralatan: Peralatan memancing sendiri, peralatan memasak disediakan.
Jarak Perjalanan: Lebih kurang 5 jam memandu dari Kuala Lumpur, 2-3 jam treking.
Spesis Target: Kelah, Sebarau, Baung
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sharp (0172399904) atau email ke kakirembatcrew@gmail.com.

p/s: Antara ahli yg confirm:

1. Sharp
2. Apin
3. Pak Din
4. Cayid
5. Nizam
6. Pak Long Kimi
7. Angah
8. Sali
9. Wan Marin
10. Ican
11. Aril
12. Zul

Diminta ahli yg confirm pergi SMS nama, i/c dan alamat untuk urusan membuat permit

........................

Baju

Sukacita dimaklumkan bahawa Baju Rasmi Kaki Rembat Crewz akan diperolehi pd minggu hadapan dan dukacita dimaklumkan juga bahawa Baju Rasmi Kaki Rembat Crewz telah tersalah cetak size. Disebabkan itu baju tersebut akan siap pd minggu hadapan. Kepada mana mana ahli yg blm membuat bayaran untuk baju diminta berbuat demikian secepat mungkin utk mengelak kesulitan pada Aktiviti Penutup 2010 - Royal Belum. Untuk keterangan berkenaan baju sila hubungi Apin (0172344669).

Tuesday, November 9, 2010

Aktiviti Sempena Deepavali

Salam 1Malaysia. Pada 8hb November 2010 yg lalu, group Kaki Rembat Crewz ® telah menjalankan aktivit yg telah dirancang sempena sambutan Deepavali. Group telah menerjah ke Kolam Memancing Kesuma, Beranang. Aktiviti bermula pada pukul 1.00pg dan berakhir 4.00pg. Antara ahli yg terlibat adalah Zul, Sali, Aril, Ican, Apin dan 3 org ahli baru iaitu Aboy, Epi dan Ery (ahli tidak rasmi). Antara spesis ikan yg dinaikkan adalah Talapia, Rohu & Patin.









Thursday, November 4, 2010

Projek Deepavali

Salam 1Malaysia. Setelah diberi tempoh selama seminggu untuk memilih aktivit yg bakal dijalankan pada Deepavali ini, dengan undian sebanyak 3 undian maka aktiviti yg bakal dijalankan adalah seperti berikut:

Projek: Memancing di Kolam Kesuma Rimba
Tarikh: 5hb November 2010
Masa: 11.00mlm - 5pg
Tempat: Kolam Memancing Kesuma Rimba, Beranang

Sebarang pertanyaan boleh di Email ke kakirembatcrew@gmail.com atau hubungi Ichan (0123096048)