About Me

My photo
Group yang Menjadikan Aktiviti Menangkap Ikan Sebagai Satu Hobi. Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung yg sudi menjengah ke blog yg tidak seberapa ini. Blog ini dibuat bg mencari kenalan diseluruh tanahair terutama yg berminat dlm aktiviti riadah seperti memancing, menjaring dan sebagainya. Kaki Rembat Crewz ini berjaya ditubuhkan dengan secara tidak sengaja oleh beberapa ahli yg mempunyai minat yg sama. Mereka menjadikan kumpulan ini sebagai sebuah kumpulan yg menjalankan aktiviti beriadah disamping menikmati keindahan alam. Oleh itu kami berharap akan dapat mengenali dan mempelajari serta menambahkan pengetahuan di dalam bidang ini pengalaman di masa akan datang. Diharap kami akan mendapat sokongan drpd rakan-rakan yg lain. TQ

Monday, January 17, 2011

Pengumuman

Bermula dari bulan Januari ini, setiap ahli akan dikenakan yuran bulanan sebanyak RM20 setiap seorang. Sila buat pembayaran ke Apin (0172344669). Duit ini akan digunakan untuk Aktiviti Penutup Tahunan. Diharap ahli dpt memberikan kerjasama untuk mengelakkan sebarang kesulitan di masa akan datang.

p/s: untuk baki pada Aktiviti Penutup 2010 adalah RM232. Atas cadangan majoriti ahli, duit itu akan dimasukkan ke Tabung Kumpulan.

Selamat Tahun Baru

Salam 1Malaysia. Di kesempatan ini kami dari Kaki Rembat Crewz ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada sesiapa saja yang menyinggah ke blog ini. Moga tahun ini dapat memberikan lebih makna dalam kehidupan kita. Di tahun ini, Kaki Rembat Crewz bakal mengadakan  lagi beberapa trip untuk ahli ahli. Trip ini bakal dibincangkan mengikut keseuaian ahli. Pastikan mengikuti perkembangan kumpulan kami ini. Sekian Terima Kasih......

p/s: Laporan utk Trip Royal Belum  belum dapat diupdate kerana byk gambar yg belum di uploadkan lagi. Harap Bersabar...

Ringkasan Aktiviti 2010 oleh Ahli Kaki Rembat Crewz

Salam 1Malaysia. Selamat Tahun Baru. Berikut adalah ringkasan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2010.


Februari 2010
Lokasi: Sungai Hulu Langat
Ahli Terlibat: Apin, Ican, Aril, Sani, Sharp, Angah dan Sali.
Hasil: Talapia, Tengas, Kelah dan Masai.
Aktiviti: Menyelam, Menembak dan Menjala




Mac 2010
Lokasi: Sungai Dara
Ahli Terlibat: Aril, Sani, Sharp, Ican, Sali, Angah, Apin, Zul, Pak Din dan Cayid
Hasil: Tengas, Kelah dan ikan Susur Batang.
Aktiviti: Menyelam, Menembak dan Menjala



April 2010
Lokasi: Kolam Memancing Kesuma
Ahli Terlibat:  Sani, Zul, Ican, Aril, Sharp

Hasil: Talapia dan Patin
Aktiviti: Memancing





Mei 2010
Lokasi: Pulau Tali Kail, Tasik Banding
Ahli Terlibat: Ican, Zul, Sani, Aril, Pak Din dan Sharp.
Hasil: Sebarau, Toman, Kalui.
Aktiviti: Memancing dan Berkayak





Ogos 2010
Lokasi: Labuan
Ahli Terlibat: Aril
Hasil: Tetanda, Gelama
Aktiviti: Memancing





September 2010
Lokasi: Kolam Memancing Udang Tepian Rimba
Ahli Terlibat: Sani, Ican, Zul dan Aril.
Hasil: Udang Galah
Aktiviti: Memancing





November 2010
Lokasi: Kolam Memancing Kesuma
Ahli Terlibat: Zul, Sali, Aril, Ican, Apin
Hasil: Talapia, Rohu & Patin
Aktiviti; Memancing




November 2010
Lokasi: Pulau Paya
Ahli Terlibat: Nizam
Hasil: Layaran
Aktiviti: Memancing



Disember 2010
Lokasi: Empangan Pangsun
Ahli Terlibat: Apin, Ichan, Zul, Angah
Hasil: Tiada
Aktivit: Menyelam dan Menembak



Monday, December 13, 2010

Pengenalan Dan Petua (Untuk Aktiviti Penutup)

(SILA BACA HINGGA HABIS)
Rahsia Kelah @ TOMBRO atau TAMBRA
Oleh : Aznir Malek : PANCING Mei 1998

Raja Sungai Pergunungan

"Sebenarnya sukar bagi saya untuk menulis artikel kelah ini tanpa sebarang emosi kerana kita bukannya membincangkan tentang ikan yang biasa tetapi bercerita tentang ikan air tawar yang paling sukar untuk dipancing. Seandainya kita terserempak dengan ikan ini di habitat liarnya sahaja tanpa menakutkannya, itupun sudah dikirakan sebagai satu kemenangan.

Kemudian tiba pula masalah bagaimana hendak menghulurkan umpan atau gewang kepadanya di dalam sungai yang penuh dengan kayu-kayu tumbang dan batu-batu tajam yang pasti mentertawakan tali tangsi yang kita gunakan. Dan sekiranya makhluk ini menyentuh dan memakan umpan kita, ia akan memecut laju bagaikan peluru. Jika peralatan memancing anda tidak gagal semasa larian pertama ini, anda akan berhadapan dengan halangan kedua bila makhluk liar ini mula menjunam dan membenam ke tunggul-tunggul kayu berhampiran. Sekiranya tali anda masih berjaya menahan amukan kelah tersebut, ianya akan berusaha sedaya upaya sehingga ke detik terakhir untuk melepaskan diri biarpun sudah sampai ke tebing. Memang berbaloi sekiranya anda berjaya mendaratkan seekor kelah setelah berhempas pulas dan sengal-sengal tangan serta seluruh badan sepanjang bertarung dengannya. Akhirnya anda pasti bersorak dengan penuhkeriangan, "Aku Berjaya!"

Pertarungan hebat dengan Raja Sungai pergunungan ini seumpama satu lagenda. Ada perkara menarik yang saya ingin ceritakan melalui pengalaman seorang kawan yang pernah mencuba nasib memancing kelah di Sg. Tanum, Pahang. Seekor kelah yang besar telah menyambar umpannya pada pukul 1:00 petang lalu meluru dengan pantas ke bahagian hilir sungai sejauh 50 meter, kemudian memecut semula ke bahagian hulu dan masuk ke dalam lata yang airnya sangat deras. Setengah jam kemudian tali 30 paunnya putus. Beliau jatuh terduduk, seakan-akan tidak sedarkan diri dan kemudian termuntah-muntah. Kombinasi sinar matahari yang terik dan pertarungan yang sengit menyebabkannya begitu tersiksa.

Kelah akan menguji kemahiran anda memancing hingga ke titisan terakhir, bukan sahaja dari segi teknik dan ketahanan peralatan yang digunakan, malah cara anda hendak menjejaknya sewaktu memburu. Oleh itu biar saya terangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

Kaedah Yang Betul

Mula-mula sekali bagaimanakah cara anda hendak menghampiri lubuk kelah. Kelah merupakan sejenis ikan yang amat liar dan sensitif kepada persekitarannya. Ia mudah takut dan cabut lari dengan pantas sekiranya ternampak bayangan. Anda perlu bergerak serendah mungkin dan gunakan pakaian yang boleh menyamari alam persekitaran seperti warna hijau atau biru gelap. Warna celoreng seperti pakaian ala tentera adalah yang terbaik. Jangan timbulkan sebarang gangguan atau bunyi yang tidak diingini seperti mengharung air ataupun terlalu kerap melontar umpan. Sekilas pergerakan joran juga boleh memeranjatkannya. Jadi, cuba bergerak di bawah bayangan pokok.

Keduanya perihal penyampaian umpan. Lontarkan umpan ke sudut yang anda fikir kelah berada. Nampak senang bukan? Tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka. Kelah sentiasa bergerak bergantung kepada masa dan yang pelik, tabiatnya berbeza di antara satu sungai dengan sungai yang lain! Mempelajari tabiat kelah akan memakan masa beberapa hari. Jadi, jangan sangka begitu mudah untuk mendapatkan walau seekor kelah pada kali pertama memancingnya kecuali sekiranya anda pergi bersama dengan pemancing kelah yang berpengalaman di sungai tersebut. Dan anda pasti mengalami pengalaman pahit yang pemah dialaminya.

Ketiganya tentang umpan. Gunakan umpan yang kelah biasa makan tetapi bukan mudah untuk memilih yang terbaik. Makanan semula jadi kelah ialah buah-buahan hutan asli seperti buah neram, maris, ara, perah, jambu air dan buah mata lembu. Jika terdapat salah satu musim buah tersebut, kelah hanya memakan sejenis buah sahaja dan tidak akan memakan benda lain. Jadi, anda perlu menyampaikan umpan buah tersebut mengikut keadaan semula jadi kalau tidak lebih baik balik ke rumah.

Jika bukan musim buah tersebut, anda akan berpeluang menggunakan umpan yang lain. Yang penting, bawa umpan dalam jumlah yang banyak kerana anda perlu merangsang kelah terlebih dahulu supaya biasa dengan umpan tersebut, dengan cara menabur umpan ke lubuk berkenaan selama satu atau dua hari. Antara umpan kegemarannya ialah ubi kayu, kelapa sawit dan biji getah yang dibakar. Sekarang ini, buah kelapa sawit merupakan umpan yang paling popular kerana mudah didapati dengan banyak serta berbau kuat dan sangatberkesan walaupun dalam air yang keruh.

Peralatan

Kemudian, peralatan memancing yang anda gunakan. Semua peralatan mestilah dalam keadaan yang sangat bagus. Joran aksi sederhana berat, 7 hingga 9 kaki panjang lebih sesuai. Kekili dengan 200 meter, tali 15 - 25 paun sudah mencukupi. Tali tangsi perlulah tahan kikisan. Antara yang paling saya gemari ialah Maxima Chameleon, Daiwa Crystal Clear dan Samurai Green. Anda perlu menggunakan mata kail yang kuat bersaiz 1/0 hingga 6. Saya gemar menggunakan mata kail berparuh yang bertangkai pendek jenama Daichii (kelabu) dan Mustad Saltwater (hitam) kerana keloknya ditempa dengan baik sehingga dapat memberi kekuatan yang padu. Walaupun tersangkut, ia tidak akan lurus sebelum tali putus.

Mata kail diikat kepada perambut sepanjang 18 inci. Perambut yang panjang diperlukan bagi memastikan umpan tidak ditutupi oleh daun daun mati di dasar sungai. lkatan Trilene Knot (dikenali Ikatan Mahseer) adalah cara ikatan yang terbaik. Basahkan ikatan dengan air liur sebelum mengetatkannya secara perlahan-lahan. Anda perlu memastikan struktur ikatan terbentuk dengan baik tanpa sebarang kecacatan yang berupaya melemahkan tali. Sekiranya tali yang keluar daripada ikatan tersebut kelihatan kusut, bermakna ikatan tadi tidak berapa baik. Ikat semula. Ingat, perkara sekecil ini boleh menyebabkan kegagalan dan penyesalan ketika memancing kelah.

Kaedah memancing secara dasar dengan menggunakan batu ladung nombor 3 – 6 yang bebas bergerak merupakan pilihan terbaik. Kili digunakan antara perambut dan tali utama. Sebagai tambahan, saya sering meletakkan manik plastik lembut antara tali utama dan kili bagi melindungi ikatan.

Terdapat juga sungai yang dipenuhi dengan batu dan kayu yang boleh menyebabkan tali perambut sering tersangkut setiap kali lontaran. Di sini, kita perlu mengubah taktik. Jangan gunakan kili atau batu ladung bebas sebaliknya gunakan kepingan timah sepanjang 2 inci dan setebal 1/2 inci. Lilitkan kepingan timah kepada tali utama dan ketatkan kedua-dua hujungnya menggunakan playar atau gigi anda. Pelik bukan tetapi teknik ini memang berhasil. Apabila anda melontar biarkan ia tersangkut antara batu. Biarkan. Apabila hendak mengarau tali, keluarkan tali sepanjang 30 meter dan biarkan air yang membawanya dan arahkan joran ke arah yang sama kemudian rembat joran ke atas melepasi kepala dan belakang anda. Paksaan akan berlaku dari arah hilir yang kemudiannya akan membebaskan tali tersebut. Kemudian karaulah tali sekuat hati sebelum ia tersangkut lagi.

Kalau masih tersangkut, cuba tarik tali dengan tangan bukannya dengan joran. Batu ladung ini akan menjadi longgar lalu membebaskan tali. Jika tak berjaya juga, memang tiada pihhan lain kecuali tarik saja sampai putus, jadi anda cuma kehilangan mata kail dan batu ladung buatan sendiri. Mungkin anda memperkecilkan teknik ini sebagai tidak canggih. Sebenarnya saya mempelajari teknik ini daripada tulisan John Wilson iaitu pemancing British yang terkenal kerana berjaya menaikkan mahseer India seberat 90 paun dengan menggunakan teknik yang sama.

Gewang juga boleh digunakan tetapi hanya terhad di kawasan pedalaman yang jarang dikunjungi manusia. Dahulu, kelah di Sg. Keniam dikatakan gemar menyambar gewang sesudu jenis Abu Atom, Abu Island dan Vibro. Walau bagaimanapun, setelah lama menerima tekanan memancing, kelah di sini semakin bijak dan tidak mahu lagi menyambar gewang. Saya pemah menemui sisa-sisa serangga seperti belalang di dalam perut kelah. Din, kawan saya yang gila memancing kelah, melaporkan bahawa sesetengah kelah bersaiz kecil di Ulu Terengganu menggemari lundi dan belalang.

Keluarga Diraja

Di Eropah dan Amerika Utara terdapat ikan salmon, di Afrika dengan ikan tigerfish dan Mongolia dengan ikan taimen. Di sini, kita mempunyai ikan kelah yang merupakan salah satu perenang paling laju dalam habitat air tawar. Walaupun begitu, kelah tidak ada kaitan langsung dengan ikan-ikan tersebut. Saudara terdekatnya ialah ikan barber (Barbus barbus) di U.K dan yang paling hampir ialah ikan mahseer (Barbus tor) di India dan Nepal. Ikan barbel sangat terkenal kerana kehebatan tarikannya tetapi oleh kerana sungai-sungai Britain adalah tenang dan bebas daripada tunggul, parapemancing di sana suka menggunakan tali halus  dengan ketahanan 8 hingga 12 paun. Walau bagaimanapun ikan mahseer lebih hebat  kerana boleh melebihi 100 paun dan kita terpaksa bertarung di kawasan berair deras dan luas seperti Sg. Ganges dan Cauvery. Tali tangsi melebihi 40 paun sepanjang 200 hingga 350 ela perlu digunakan. Gergasi ini berupaya bertarung sejauh beberapa kilometer dalam sungai tersebut dan ada pemancing yang mati lemas ketika bertarung dengannya!

Berdasarkan saiz dan tenaga, kelah boleh dikategorikan antara kedua-dua spesies ikan tersebut. Tetapi jika dilihat dari segi cabarannya, ia hampir menyaingi kepayahan memancing mahseer India. Ini adalah kerana sungai-sungai pergunungan kita adalah lebih kecil, lebih deras dan dipenuhi dengan batu pejal dan kayu balak tenggelam sehingga menjadikan cara penyampaian umpan dan pertarungan menjadi sangat sukar.

Kelah Gergasi

Jadi, sejauh mana ikan kelah boleh membesar? Kisah kelah gergasi yang pemah saya dengari ialah daripada Pak Teh Ridzuan iaitu pakar terbol dari Semenyih. Semasa Pak Teh masih kecil, beliau pernah terserempak dengan seorang lelaki yang berjaya menangkap kelah seberat 40 kati (lebih kurang 27 kg) daripada Sg. Kerling. Namun, kelah terbesar pernah saya dengar setakat ini ialah seberat 18 kg dari Sg. Galas, Kelantan.

Sekarang ini, kelah seberat 12 kg pun sudah dikira sangat sukar dipancing. Jika dapat pun lebih baik diambil gambarnya dan lepaskan semula kerana kelah mengambil masa yang tersangat lama untuk membesar. Kelah seberat 4 kg mungkin mengambil masa 10 tahun untuk mencapai berat tersebut dan ikan betina dikatakan matang pada tahap umur ini. Penangkapan kelah bersaiz besar telah menyebabkan spesies ikan ini semakin pupus di negara kita. Memang benar, daging kelah sangat enak sampai sisiknya pun boleh dimakan lebih-lebih lagi kalau dipanggang tetapi fikirlah akan masa depannya. Sama-samalah kita berusaha melindungi spesies ini daripada terus luput agar kesenian dan kesukanan memancing kelah turut dapat dinikmati oleh generasi akan datang."

Sunday, December 12, 2010

Awal Muharram

Salam 1Malaysia. Pada Aal Muharram yg lalu beberapa ahli Kaki Rembat Crewz ® telah menjalankan satu aktiviti. Aktiviti yg dijalankan adalah menyelam dan menembak ikan. Lokasi adalah di dalam Empangan Pangsun, Hulu Langat. Ahli yg terlibat adalah Apin, Ichan, Zul, Angah dan Epi. Namun mereka gagal menaikkan sebarang jenis ikan disebabkan air keruh dan kawasan yg diselam telah dimasuki terlebih dahulu oleh Orang Asli.







Friday, December 3, 2010

Aktiviti di ROYAL BELUM

Salam 1Malaysia. Berikut adalah aktiviti yg akan dilakukan di ROYAL BELUM:

17hb Disember 2010:
7.30mlm - 8.30mlm : Sebahagian ahli bergerak ke Kg. Padang, Hulu Langat.
9.00mlm - 10.00mlm : Berkumpul di Kg. Padang, Hulu Langat.
10.00mlm - 11.00mlm : Pemberian baju, duit minyak, tol serta pengagihan brg
11.00mlm - 11.30mlm : Bergerak ke ROYAL BELUM. ( 1 buah Waja, 1 buah Estima)

18hb Disember 2010:  
8.00pg - 9.00pg : Tiba di Jeti Tasik Banding, Grik, berkumpul (1 buah Myvi dr Utara sampai), sarapan, taklimat dr guider
9.00pg - 10.00pg : Bergerak ke Lubuk Sanghor, Sg. Kejor
3.00ptg - 3.30ptg : Tiba di Lubuk Sanghor. (anggaran maksimum perjalanan, 2 jam bot, 3 jam trekking)
3.30ptg - 5.00ptg : Persiapan khemah, peralatan memasak, makan, sesi mengikat mata kail dr guider.
5.00ptg - 11.00mlm : Aktiviti MEMANCING, makan, tidur

19hb Disember 2010 :
7.00pg - 9.00pg : Bangun, mandi, sarapan (bg yg ingin MEMANCING dipersilakan)
9.00pg - 5.00ptg : Aktiviti MEMANCING (guider akan membawa ke lubuk-lubuk), makan
5.00ptg - 7.00mlm : Balik ke camp site, persiapan makan malam, rehat, kemas diri
7.00mlm - 12.00mlm : Makan Malam (bg yg ingin MEMANCING dipersilakan), rehat dan tidur

20hb Disember 2010 :
7.00pg - 10.00pg : Bangun, mandi, sarapan, (bg yg ingin MEMANCING dipersilakan)
10.00pg - 11.00pg : Bersedia utk pulang, membersihkan kawasan perkhemahan.
11.00pg - 11.30pg : Bergerak pulang ke Jeti Tasik Banding.

p/s: kesemua masa yg dianggarkan adalah masa maksimum. Jika lg awal adalah lebih baik. Ada sebarang cadangan atau pandangan, tinggalkan komen.

Sunday, November 21, 2010

Penundaan Tempat Aktiviti Penutup 2010

Salam 1Malaysia. Di sini ingin dimaklumkan bahawa Aktiviti Penutup 2010 terpaksa ditunda lokasi. Ini di sebabkan oleh Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) tidak mengeluarkan sebarang permit untuk aktiviti bermalam di Taman Negara Endau Rompin disebabkan oleh musim tengkujuh. Oleh itu, aktiviti tersebut telah ditukar ke Royal Belum, Perak. Berikut adalah butiran aktiviti:

Tempat: Sg. Kejar, Royal Belum, Perak.
Tarikh: 18hb - 20hb Disember 2010.
Tempoh: 3 hari 2 malam.
Bayaran: < RM300 (termasuk duit minyak, makan, permit, tapak khemah, umpan, bot, guider, upah org asli utk mengangkat barang, baju) minimum 7 org.
Peralatan: Peralatan memancing sendiri, peralatan memasak disediakan.
Jarak Perjalanan: Lebih kurang 5 jam memandu dari Kuala Lumpur, 2-3 jam treking.
Spesis Target: Kelah, Sebarau, Baung
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sharp (0172399904) atau email ke kakirembatcrew@gmail.com.

p/s: Antara ahli yg confirm:

1. Sharp
2. Apin
3. Pak Din
4. Cayid
5. Nizam
6. Pak Long Kimi
7. Angah
8. Sali
9. Wan Marin
10. Ican
11. Aril
12. Zul

Diminta ahli yg confirm pergi SMS nama, i/c dan alamat untuk urusan membuat permit

........................